S e l o k a  F i e s o  9 8
( dipersembahkan oleh Fadiya dan 'Ain semasa Jamuan Akhir Perpisahan 1998)
 
 
 
Assalamualaikum pembuka bicara 
Ahlan Wasahlan kepada semua 
Tampilnya kami menyampaikan seloka 
Fieso 98 punya cerita
Puan Zarihan senyum sentiasa 
Ke sana ke mari tampil bergaya 
Kerinduan kami ditinggalkannya 
Jasanya pasti takkan dilupa
Kecil molek 'caring' orangnya 
Memberi nasihat pedas terasa 
Membimbing kami setiap masa 
Ustazah Norliah berjiwa waja
KT kami bernama Roshaidi 
Membelai kaktus hobi akhir-akhir ni 
Bard pula pentazkirah kami 
Tak jemu-jemu nasihat diberi
Azmir Taib tough orangnya 
Dialah jejaka super tall FIESO kita 
Fadzli Rahman apa kurangnya 
Bikin havoc selalu kontrol macho muka
Sungguh bijak berbudi bahasa 
Jalankan amanah tak pernah alpa 
Takkan tak kenal PKT kesayangan kita 
Tie panggilan, rajin berusaha
Nurul 'ain srikandi Johor terkemuka 
Bila berhujah bergegar dunia 
Ed pula debater becok mulutnya 
Engineer Aeronautical jadi cita-cita
Kadet Bomba identiti utama 
Aimy Mastura ceria selalu 
Time sedih janganlah cerita 
Dialah yang pertama memegang tisu
Zul webmaster hompej kami 
Tersenyum simpul habit biasa 
Safarul classmate cute sekali 
Nampak nakal hati mulia
Keliling padang setiap petang 
Begitulah rutin si minah jiwang 
Keletah di bibir tak pernah lekang 
Fadia gadis berjiwa riang
Emmi dan Fidah bertentang mata 
Senyuman menawan, jelingan manja 
Tak suka bising tak tentu hala 
Buat hal sendiri 'lagi baguih' kata mereka
Mat Pet 'cute' nama samaran 
Johan tidur di dalam kelas 
Mohd Luqman punyai ketermpilan 
Belajar rajin mengemas malas
Mek Kelate riuh jarang bersendiri 
Time Bahasa Arab jadi perhatian semua 
Rohani comel puteri cili padi 
Asyik nak menang bila berbicara
Aisyah menyimpan seribu rahsia 
Nampak thiqqah genius orangnya 
Yanti bersemangat tak putus asa 
Buku dikelek tak pernah leka 
Hadi ar-Rais penyajak sensasi 
Faizal pula diam-diam ubi 
Mereka berdua punyai kredebiliti 
Masing-masing suka buat hal sendiri
 
Hidayatun Nor specky orangnya 
Ringkas dan anggun gaya semasa 
Pustakawati berhemah Dee namanya 
Kedah mali serius je dia 
Menjaga pandangan tenang sentiasa 
Huda Cek Siti Wan Kembang manis mukanya 
Alin puteri bongsu Melaka 
Berdarah pahlawan bangganya dia 
Choc Fudge FIESO jolokan namanya 
Kejap ada kejap takde perkara biasa 
Walaupun Haslee licik orangnya 
Dialah anakanda buah hati keluarga 
Suzy dan Rehan jauh terpisah 
Mama TSS gelaran mereka 
Sentiasa menjalin ukhuwwah mahabah 
Isteri solehah agenda utama 
Sekian dahulu pohon permisi 
Salah dan silap harap dimaafi 
Jangan ada terguris hati 
Entah bila bertemu lagi